VVIP

Thursday, 15 December 2011

"SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011"

Assalamualaiku..

Tadi ck bw kejap, antara blog yang selalu ck singgah ialah Lyssa Faizureen yang comel tu.. HEHE..Lyssa ada buat Segmen khas untuk pelajar IPTA..rasa berminat pulak nk join..Jadi, ck pun tampallah bannernya kat sini tandanya ck join !








Oklah, ck terus pada soalan Lyssa ye..Ck belajar di UPSI, Tanjung Malim,Perak..kenal tak UPSI ?sebab kalau ikut pengalaman ck ada yang tak kenal. Silap- silap dengar boleh jadi oversea..takdelah, ck belajar u dalam negara..Ibarat kata pepatah, Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..apa- apa pun baik di negeri sendiri kan..ye dak? HEHE..kat sini ck ambil jurusan ISMP Bahasa Melayu. (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu).

sebab kenapa pilih jurusan ni? sebabnya masa sekolah dulu ck suka subjek Bahasa Melayu walaupun kadang- kadang bahasa ck sendiri agak tunggang terbalik..kalau subjek- subjek Sains ni ck kureng sikit..Ck suka belajar jurusan ni sebabnya Bahasa Melayu kan bahasa Ibunda kita..betul tak? kalau kita tak jaga bahasa kita sapa lagi yang nak jaga kan? wah, semangat ! Jadi, rasa menyesal tu tak adalah. Cuma terkilan bila ada orang Melayu yang tanya Bahasa Melayu pun kene belajar jugak eh? grgrgr..rasa nak dusshhh sekali biar sedar sikit..

Hurrmm..jadi kepada adik- adik yang nak masih bersekolah tu, tanamkan azam dan minat nak masuk U. selagi ada peluang belajar, kita belajar ye..Belajar di U tak sama macam di sekolah. kita kena ada persediaan mental dan fizikal yang kuat supaya dapat habiskan masa beberapa tahun disana..Bila dah dapat U tu, kenalah pandai jaga diri, dan yang penting jangan lupa solat dan doa. Ia adalah satu senjata dan kekuatan kita ketika menuntut ilmu..HEHE..rasanya cukuplah ye nasihatnya..dah rasa macam kaunselor pulak..HAHA..

Akhir kata, ck doakan yang terbaik untuk mereka yang berazam untuk berjaya ! Ameen..

Wednesday, 14 December 2011

Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)

Assalamualaikum..

Selamat Tengah Hari !..Tiba- tiba hari ini rasa nak join SEGMEN pulak..segmen ape?? meh..meh..tengok di bawah ni, sapa- sapa yang berminat  tu, boleh klik banner kat bawah ni ye..







sebelum join tu, baca dulu syarat- syaratnya, mudah aje..tak perlu keluarkan duit walau satu sen pun..

JOM BLOGWALKING !!




Tuesday, 13 December 2011

Wordless Wednesday # 3




klik untuk tumbesaran

Tak tahu dari mana mereka belajar tulis macam ni, merosakkan bahasa betul !



p/s : gewwdiq lerww qo tqip cenggituwww..

Saturday, 3 December 2011

Percubaan Pertama

Assalamualaikum..

Selamat Petang
Sebelum korang lihat bawah..
tolong kunci mulut daripada nak tergelak ye..
senyum je..
sebab senyum itu sedekah..
hihi..




eh, apakah di atas ini?
macam tempe penyek je
haa..sampai ahti korang
tulah doodle yang pertama aku buat
cuba- cuba buat dulu sambil rujuk tutorial wan hazel
serius, susah bebenor nak buat doodle nie
yelah, bagi aku yang tak kreatif ni
terketar- ketar jugak nak siapkan doodle nie
pertama kali buat
sangat tak cantik kan?
sabo jelah..




ha, yang nie pulak cubaan kedua aku..
rasanya agak oklah sikit daripada yang pertama tu kan
tapi still terketar- ketar nak buat.
orang cakap 

PRACTICE MAKE PERFECT

jadi, aku akan practiselah lagi
harap- harap berhasil
nanti bolehlah buat freebies kan
entah ade ke idok orang nak freebies aku..
kalau ada sesiapa nak yang kat atas nie pun boley..
ambil je, tak payah cakap
kalau ada yang naklah kan..
HAHA


Wednesday, 30 November 2011

Spontaneous Thursday #4



Kadang- Kadang Manusia Merasa Diri 
Mereka Sudah Cukup Sempurna Sehingga 
Wujudnya 'Judgmental' Terhadap Orang Lain..

Apa pandang - pandang ??

Monday, 28 November 2011

Ke Mana Hilang Nilai itu?

Assalamualaikum..

Hai semua..hari ni aku tersangatlah rajin, BLOGWALKING sana- sini, KOMEN sana- sini sampailah aku rasa dah bosan + muntah hijau..haha..takdelah. Hari ni kan cuti, assigment pun dah berkurangan jadi bolehlah aku menghabiskan masa dengan berblogging pulak. Dan secara tiba- tiba, aku teringin nak hapdate blog sebabnya aku teringat kisah yang menimpa diri aku seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri haritu. Kalau nak diikutkan selepas kejadian itu, teringin bebenor aku nak buat entry nie..tapi keadaan aku pulak tak mengizinkan. lepas tu lupe cenggitu je..

ok, sudahlah..aku teruskan kepada ceritanya. Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut seminggu sebelum nak raya, aku pergi ambil mak aku dari satu tempat ni dan aku bawak motor masa tu, lagipun aku ada lesen motor je, jadi motor jelah aku mampu bawak..Apabila dah sampai di tepi jalan, aku nak lintas ke sebelah sana, aku pulaslah kuat sikit kan, tiba- tiba gedebam..terbalik ke sebelah kiri. rupanya tayar belakang motor bergesel dengan pasir kat situ. Masa tu, aku rasa macam mimpi. Mak aku pun ada. Tapi nasib baiklah dia tak apa- apa. Siyes aku tak rasa apa- apa masa tu. tapi bila aku tengok tangan aku yang sebelah kiri, dah berdarah- darah. Alamak, terus berpinar- pinar mata aku. Bila dah keadaan aku macam tu, memang aku tak mampu nak angkat motor tu.

cuma apa yang aku kesalkan masa itu, tak ada seorang pun manusia yang lalu lalang kat situ sudi nak berhentikan kenderaan mereka dan tolong kami. walaupun tak teruk, tak salah rasanya, berhentikan kenderaan dan tolong kami. lepas beberapa minit, barulah tangan aku rasa sakit sangat dan dataglah dua orang budak berpakaian seragam sekolah  berhentikan motornya dan datang ke arah kami. merekalah yang tolong angkatkan motor dan tanya sama ada kami boleh pulang sendiri masa itu. nasib baiklah mak aku pandai juga bawak motor, terus aku dihantar ke klinik.

Aku rasa bersyukur sangat kerana masih ada manusia yang baik hati tolong kami. Aku sangat berterima kasih kepada mereka berdua. Sebab itulah kadang- kadang mereka ni lagi mulia kalau nak dibandingkan dengan manusia yang dah tua tapi lebih mementingkan diri dan tiada perasaan nak tolong orang yang dalam kesusahan.

Dah baca, jangan lupa klik SINI

Saturday, 26 November 2011

Hujan Di Tengahari

Assalamualaikum..

Selamat Pagi !! Eh, Eh..Selamat Tengahari la..already 12.10 p.m..tapi cuaca  redup seredup mata yang memandang, tambah pulak dengan hujan yang renyai- renyai menambah lagi rasa mengantuk ni...Sesuailah kan dengan title kat atas tu, hujan di tengah hari..pada aku hujan di tengah hari sangat mendamaikan, sejuk dan menenangkan walaupun perut lapar..hukhukhuk..

Tetapi, ada yang tersirat padanya. selalunya berkait tentang keinginan. Selalu kan kita dengar pepatah ' ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..Sememangnya kita tak nak perkara itu terjadi. kita mengharapkn sesuatu yang dibina dan dilakukan akan berpanjangan sehingga berakhirnya juga riwayat kita. namun siapa kita untuk menidakkan Kuasa- Nya. Kadang- kadang sesuatu perkara yang berlaku itu tidak berlaku seperti apa yang kita impikan.Ada yang menganggap itu satu 'disaster' tetapi ingatlah bahawa ia merupakan satu rahmat dan hikmah walaupun air mata mengalir sepi  hati memberontak. Mak aku selalu pesan, ' sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya' dan aku sentisa ingat kata- kata itu. siapa tahu, selepas hujan di tengahari itu akan muncul pula pelangi yang akan memberi seribu senyuman kepada kita.




Jadi, tak perlulah dipersoalkan kenapa perkara itu berlaku tak seperti yang diinginkan. Mungkin ada  sesuatu yang lebih indah akan menanti. tak kiralah dalam apa jua perkara. Cinta, Persahabatan, kerjaya, Pelajaran. namun, jangan lupa menadah sepuluh jari kepada- Nya, Mohon kepada- Nya kerna Dia yang mengatur segalanya..

p/s : Redup dan hujan Di tengah hari menyejukkan hati ini, walaupun perut lapar dan keseorangan di rumah..Aku menantikan si pelangi (manalah kawan aku nie, bawa baliklah cepat makanan)..

:: SALAM MAAL HIJRAH..1433H

klik sini

Monday, 7 November 2011

Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan

Assalamualaikum..

Ini last hapdate untuk malam ini..tiba- tiba rasa nak join segmen daripada Abg Doodle nie..kenapa panggil abg Doodle? sebabnya beliau ini sangat suka membuat doodle yang comel- comel dan hensem- hensem untuk rakan- rakan blogger..pada aku beliau memang sangat berbakat..


Nak join, klik cik abg hensem nie ye..

okey, terus kepada point segmen ni..Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan..hmm..maknanya lelaki idaman aku la..kalau zaman sekolah- sekolah menengah dulu of course pilihan pertama mesti nak yang hensem- hensem, muka nak iras- iras retis gitu..tapi bila dah besar sikit, sedarlah aku bahawa rupa tu sangat tidak penting..hanya sekadar bonus bagi mereka yang dapat memiliki insan- insan berwajah hensem ini..

Boleh je nak senaraikan sampai seploh ciri- ciri tersebut, tapi bagi aku cukuplah 5 sahaja ye..

  1. Low Profile
          suka pada lelaki yang bersikap rendah diri, tidak suka menunjuk- nunjuk tentang aset- aset yang dia ada. Contohnya, baru beli kereta, hp mahal, kasut berjenama habis nak diuploadnye ke dalam fb..motif? nak bagitahu kat semua orang awak kaya ke? mungkin ada sesetengah perempuan yang suka..tapi tidak bagi aku..

    2.   Utamakan Solat
         
          Walau sesibuk mana pun dia, tetap utamakan solatnya walau di mana dia berada..even, kalau pergi stadium tengok bola je pun, tetap mengingati tanggungjawab ke atas diri sendirinya itu..sebab, formulanya mudah, kalau dia sendiri tak mampu menunaikan tanggungjawab ke atas dirinya sendiri, bagaimana nanti dia hendak menunaikan tanggungjawab ke atas keluarganya pula? Jadi, solat itu adalah tanggungjawab, jangan ambil ringan tau..

    3.  Tak Merokok

         Bagi aku lelaki yang tak merokok adalah lelaki yang pembersih dan memikirkan tentang kesihatan diri..memanglah ada orang cakap, tak merokok pun boleh mati tetapi apabila awak merokok tu ibarat menempah maut..ibaratnya tak ada bezalah  dengan mat rempit. Yang penting, senyuman pun jadi menawan sebab gigi pun tak kuning. 

    4.  Memahami

         Memahami keadaan aku. tetapi sebagai perempuan aku haruslah menerima kenyataan bahawa lelaki memang sukar nak memahami wanita. Buat mulut muncung 40 depa pun, diorang masih tak faham- faham yang kita sebenarnya merajuk..haha..

    5. Menerima Aku Seadanya

       Inginkan seseorang yang boleh menerima diri ini seadanya tanpa mengambil kira faktor- faktor seperti fizikal. Sebab orang perempuan bukan selamanya cantik..apabila dah beranak- pinak, maka wujudlah lebihan lemak di sana sini dan lama- lama berkedut jua..Suka sangat apabila melihat pasangan- pasangan yang kekal bersama selama bertahun- tahun sehingga di lewat usia dan  tetap juga mesra dan sabar melayan kerenah masing- masing..so sweet... 

Kalau diikutkan banyak lagi yang ciri- ciri lelaki idaman nie, tetapi cukuplah sekadar 5..sebab aku pun bukan manusia sempurna, banyak kekurangan, jadi tak perlulah letakkan ciri banyak- banyak.. Dan, yang paling penting Tak naklah ada pula yang marah- marah apabila baca ciri- ciri di atas ni..takmau..takmau..huhu..Saya sekadar join segmen..hehe..


Dengan berbesar hatinya diri ini mengetag



       
 tarikh tutup : 8hb November 2011 jam : 12 tengahari


psstt..ciri- ciri di atas sangat berkait rapat dgn seseorang..semoga dia kekal setia di sisi sehingga ke akhir hayat..InsyaALLAH, doakan..:)

Rumahku Syurgaku !!

Assalamualaikum..

Lamanya dah tak hapdate blog..
dah bersawang- sawang dah
aku tak punya waktu yang sesuai nak menghadap betul- betul belog aku nie
tambah lagi dengan rasa malas + tak ada idea + banyak kerja lain terpaksalah blog ini dibiarkan sepi sendiri.
kesian kan..huhu,..

Alhamdulillah, sekarang aku berada di kampung halaman..
RUMAHKU SYURGAKU !!
Leganya dapat balik beraye di kampung
tenang hati bila memandang wajah- wajah mereka yang aku sayang
cuti seminggu terasa begitu cepat berlalu

Sebelum balik bercuti
bukan main bersemangat lagi aku bawa balik semua tugasan
termengah- mengah aku bawa beg
dengan niat nak buat di rumah
tapi masuk hari ini dah 3 hari aku di kampung
tak juga aku sentuh mereka
lantaklah..aku nak menikmati puas- puas kehidupan aku di kampung selama seminggu ini
selama aku tak berblogging ini, banyak perkara yang terjadi tapi aku tak mampu nak kongsikan semua
suka duka semua ada

Tapi itu semua terubat selepas aku sampai ke rumah
dapat pula present drp awan nano
fererro rocher & bear kuning..haha
terharu sangat..patutlah beria- ria nak jumpa
kalau tahu awal-awal, tak masuk dah contest abg Daniel Adi..* berlagak 
contest tu pun dah tamat dah
nak tunggu keputusan je lagi ni
kan best kalau dapat ferrero rocher lagi..hikhikhik..

Wednesday, 26 October 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum...

Best tak kalau pasang shoutbox besar? Agak- agak mengganggu tak time berblogwalking...hmm..




Gambar ni aku ambil ketika sedang berblogwalking tadi. Terpaksa pakai Internet Explorer sebab apabila aku bukak blog aku pakai Google Crome abes hang laptop aku. Banyak kali jugaklah kena macam tu. Agaknya pakai IE kot shoutbox jadi besar macam tu..

Sunday, 23 October 2011

Aku, Kau dan Muka Buku

Assalamualaikum..

Hari ini aku punya terlalu banyak masa, jadi aku mengisi masa aku dengan bermuka buku, berbloging, blogwalking dan makan sedangkan tugasan aku berbukit- bukit tu masih terbengkalai. Entahlah, tugasan- tugasan tu hanya aku pandang sayu, tiada perasaan. Aku perlukan mood untuk mula membelai mereka. * Entah mood yang macam mana lah yang aku harapkan. Alasan..

Cuti Deepavali tahun ini 4 hari bermula selasa ni. Ramai juga yang sudah pulang ke kampung halaman walaupun bukan raya dia.* ayat jeles. Aku pun nak balik..rindu famili, awan nano, kucing aku yang tak bernama 2 ekor * sebabnya selalu bertukar nama, adik aku panggil nama lain, aku pula panggil nama lain. last- last aku panggil kau kucing jela..

Dalam satu hari aku berjaya buat dua entry. Kalau aku boleh siapkan dua tugasan kan bagus. Ah, malas fikir. Berbalik pada aktiviti aku yang bermuka buku, aku tertarik dengan seorang watak dalam kisah muka bukuku..* cover muncung please.. daripada watak tersebut aku boleh katakan yang iman kita ni memang menaik dan menurun. Satu hari dengan gahnya declare status in a relationship siap bergambar bersama dan ada pula satu hari status tu sudah lenyap dan keluar pula status hadis- hadis. Gambar pun dah bertukar versi kartun muslimah. Dua tiga hari lepas tu pula berbalik kepada keadaan asal semula. Ternyata iman kita tidak teguh, apa yang aku boleh katakan hanya senipis kulit bawang. aku tak tujukan sesiapa. cukup melihat diri sendiri yang juga kadangkala tidak sedar bahawa ada orang memerhati setiap perlakuan kita dalam muka buku. Melalui muka buku macam- macam sikap dan perangai yang terdedah.Ok, aku bukan stalker tetapi kadang kala status- status yang keluar di Home itu yang membuatkan aku terbaca. Ada orang cakap jangan nilai seseorang melalui muka bukunya, tetapi kalau setiap patah perkataan yang keluar itu adalah dari hati, bukankah dari hati itu sebenarnya akan dijelmakan melalui sikap? setiap orang ada pendapat masing- masing cuma kadang- kadang harus beringat pabila bermuka buku. Ada orang yang memerhati.

Alamak, terserius pula..apa- apa pun layan satu video ni..ramai yang kata lawak, tapi bagi aku entahlah, kalau aku jadi Najwa Latif mungkin agak terasalah kot..apa- apa pun lain orang lain pendapat.. ok, chill...babai..





Kutuk Tanpa Sedar

Assalamualaikum..

Selamat petang..niat di hati nak melelapkan mata sekejap tapi gara- gara terlalu kusyuk bermuka buku ( belajar pun tak kusyuk macam ni)sehinggalah azan Asar berkumandang, aku membatalkan niat itu. kelopak mata kian menurun, namun ku gagahkan menaip patah- patah kata dalam blog ni. rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak TERENGGANU yang telah berjaya mengalahkan pasukan SELANGOR dengan agregat 4-1..dan semalam jugalah ada seorang kawan aku ni memekik melolong dalam pesbuk dengan statusnya yang marahkan manusia yang bertenggek di biliknya (kolej uitm) kerana mengutuk dengan lahapnya pasukan TERENGGANU.daripada statusnya boleh nampak betapa marahnya kepada manusia yang mengutuk itu. kalau aku pun marah sebab aku pun orang TERENGGANU. 

tiba- tiba terfikir dibenak aku, kenapa mesti nak marah? memanglah marah sebab manusia itu mengutuk negeri kelahiran..tetapi tanpa kita sedar kita juga pernah mengutuk dengan lahapnya..sama juga halnya kalau belajar kat mana- mana sekolah atau universiti. kalau nak ikutkan tiap- tiap hari kita mengutuk contoh situasi di sebuah universiti, bas lambat datang dan kita sudah terlambat nak ke kelas. secara tidak sengajanya kita akan mengeluarkan ungkapan yang boleh diibaratkan sebagai mengutuk bas, pemandu bas dan kadang- kadang dengan orang atasan juga akan disebut dek kerana geram. pernah keluar satu ungkapan daripada seorang kawan, katanya 'kalau aku sendiri yang kutuk 'u' ni takpe, tapi kalau orang lain yang kutuk 'u' aku ni aku marah'..jadi tepuk dada tanya hati..jangan jadikan kutuk mengutuk ni sebagai habit, because nobody will respect u..

Google


p/s: kutuk secara ilmiah..ada heh macam tu?


Wednesday, 19 October 2011

Kategori Remaja di zaman sekolah

Assalamualaikum..

hai semua..kali ni ck nak kongsikan sesuatu dengan korang. rindu tak zaman- zaman sekolah dulu? kalau ck lah memang tersangat rindu..kalaulah dapat diundurkan masa tu, teringin nak kembali ke zaman sekolah semula. terlalu banyak kenangan pahit manis ketika di zaman persekolahan. ha, sekarang ck nak kongsikan kategori remaja di sekolah.aikkk, kat sekolah pun ada kategori ke? ehh..mestilah ada..nanti ingat balik dulu korang ni dalam kategori yang mana ok..hehehe..

  • Popular - selalunya pelajar dalam ketegori ni mempunyai ramai kawan, cantik/ hensem, murid kesayangan cikgu..tapi dalam kepopularannya itu, ada juga yang akan membenci..selalunya orang yang benci tu  sebabnya cemburu..

  • tersisih - pelajar yang tersisih ini adalah disebabkan oleh orang tak suka kat dia. kalau dalam kelas tu, cikgu suruh bentuk kumpulan sendiri tetapi tak ada seorang pun nak satu kumpulan dengan dia..kesiannn..

  • kontroversi - selalunya pelajar yang kontroversi ni ialah pelajar yang berjawatan tinggi di dalam sekolah seperti ketua pelajar, penolong ketua pelajar, ketua samseng sekolah yang berpengaruh, budak- budak sports..haa..mereka ni adalah manusia yang paling berkontroversi dalam sekolah..almaklumlah semua pelajar lain kenal..dan kadang- kadang kalau ada kes atau event kat sekolah pun selalunya akan melibatkan mereka.

  • terabai - yang jenis ni bagi ck yang paling kesian. tiada kawan. lebih malang lagi kalau tiada sesiapa pun yang kenal. kalau dalam kelas tu beliau ada ke tiada orang tak perasan pun. kalau dalam ayat kasar sikit macam tak pernah wujud..memang sangat kesianlah kalau yang jenis ni.'takpe- takpe nanti kawan ngan ck ye'..hihi..

kalau korang tanya ck dalam kategori yang mana..mestilah yang fofuler..haha..taklah..kalau tak silap ck dulu apabila ck masuk form 6, orang kenal sikit- sikit..tu pun sebab form 6 kan pelajar paling tua di sekolah.budak- budak pula suka perhati. kalau lalu tepi diorang yang form 1 form 2, diorang pandang je..agaknya apalah dalam hati diorang..jadi sebagai yang paling tua kat situ tak salah pun senyum kat diorang dan kadang- kadang tegur diorang..jadi taklah nampak macam sombong sangat kan..ok dah, banyak pula yang ck melalut kat sini. jadi korang pula dalam kategori yang mana..

kalau nak kongsi kat sini pun takpe..kalau taknak pun takpe..just baca dan senyum tak perlu kata apa- apa..

ok babai..:)

Saturday, 15 October 2011

Merokok Dalam Vacuum

Assalamualaikum..




Apabila CK tengok gambar nie
CK terfikir mungkin ada baiknya kalau dipraktikkan 
di semua restoran especially kat Malaysia nie
biar dia sendiri yang hisap, sendiri hembus dan sendiri sedut balik..
Selamat orang lain yang berada di sekeliling dia

kalau CK sendiri
CK memang sangat rimas kalau berada dalam kalangan mereka ni
tambah- tambah lagi memang ck tak boleh bau asap rokok
terus je batuk- batuk..
dan kalau cara ini nak dipraktikkan di sini
CK adalah orang pertama yang MENYOKONG !!


p/s : kepada yg merokok tu tolonglah berhenti..untuk kebaikan diri juga..:)





Contest DANIEL ADIE : SISPA

Assalamualaikum...


CK tertarik dengan satu contest nie..
jadi,ck pun join la contest oleh En. Daniel Adie..






caranya pun mudah..
tempek gambar kat sini..


*err.. tetibe rasa malu pulak..hukhuk


" terkadang senyuman palsu terukir apabila
bergambar kena sebut 'cheese' tak pun 'hawaiiii'.. !! "


betul tak ??
Green Apple & cik aimie


p/s: arap2 jawapanku diterima..hek3

Thursday, 13 October 2011

Follower ke- 100

Assalamualaikum..


Firstly ck nak mintak maaf sangat- sangat kat Fir Marlyn sebab dah janji nak buat sesuatu untuk dia tetapi lambat pulak..sebabnya atas kekangan masa tambah pula line internet yang macam siput sedut..sebagai follower ck yang ke- 100, ck buatkan satu entry khas untuk fir..

ha, jadi kepada korang yang nak ke blog fir dipersilakan.. ck tak sempat nak review banyak- banyak tentang blog fir, apa kata kalau korang sendiri yang tengok ok..



cantik orangnya kan..:)

p/s: terima kasih juga kepada korang yang telah sudi datang ke blog ck nie..





Saturday, 8 October 2011

Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir

Assalamualaikum.

baru je jalan - jalan dalam fb dan ck terjumpa tentang perihal ini yang pada ck sangat perlu dikongsikan..Malah Ownernye sendiri minta ia disebarkan..di sini ada gambar dan sedikit penjelasan..sama- sama kita perhatikan..



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warnaJika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.



2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).



p/s: lepas nie kena hati- hatilah apabila nak beli daging..


credit to : Nurul Amir

Sunday, 2 October 2011

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger

Assalamualaikum...




klik aje pada banner di atas..



ck masih lagi dalam mood join segmen..
*padahal takda idea nak buat entry..huhu..

tuan punye segmen pun sangat baik hati 
tak perlu tag sesiapa
yang penting join..


Tarikh tutup : 3/ 10 / 2011 @ 10 malam esok
       



Saturday, 1 October 2011

Segmen : Tambah Trafik Blog!

Assalamualaikum...




klik aje pada banner di atas


Nampaknya mood ck masih membuak- buak nak sertai segmen..
Kali ni ck sertai segmen daripada salwaismail pulak..



Tarikh tutup :  5/10/2011 - 2.30petang  (rabu) 3 hari dari sekarang.





Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

Assalamualaikum..




Ini ialah segmen daripada cik nad dan ck teringin pula nak join.
Tujuan ck join adalah kerana Segmen ni sangat sesuai untuk ck yang nak melepaskan tension dengan assingment yang bertimbun- timbun sebab tak rumit pun.. 
cuma klik- klik je ape yang patut..
Jadi, kalau korang rasa seperti apa yang ck rasa bolehlah join sekali..



Tarikh tutup : 31 0ktober 2011





Kamu yang Membuatkan Saya Geram !!!

Assalamualaikum..


Kamu betul- betul dah buat saya geram tau tak..
Apabila saya tengok kamu hati saya memberontak..
Kalaulah kamu ada kat depan saya sekarang nie..
Taulah macam mana saya nak kerjakan..
GERAM nya saya sebab tak dapat nak MEMILIKI kamu !!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Ha, kamu yang comel- comel nie !!









ck betul- betul geram kalau tengok gambar baby- baby yang comel nie..
baru- baru nie pergi melawat bespren yang baru bersalin 
tengah duk riba anak dia
ck dapat soklan cepumas..

"Bila nak ada anak sendiri pulak?"

Tersipu- sipu malu saya dibuatnya *gediks
InsyaALLAH..:)


tapi 

ck betul- betul sedih apabila melihat ini..

PEMBUNUHAN PALING KEJAM !

ANAK itu anugerah Allah SWT
kenapa ada manusia yang tergamak melakukan perkara TERKUTUK nie
walaupun bukan zuriat yang  kamu kehendaki
janganlah DIBUNUH ia
kerana ia

ANUGERAH ALLAH SWT YANG PALING 

ISTIMEWA ..






Thursday, 29 September 2011

Tolong CK Buat Pilihan..

Assalamualaikum..

Kali nie ck nak minta tolong korang boleh? apa yang korang patut buat kalau ada kawan serumah korang yang suka pakai selipar di dalam rumah..maksud ck selipar itu dipakai pergi toilet, keluar toilet masuk bilik pun seliparnye tetap tersarung kemas dikaki...boleh dikatakan selipar itu hanya ditanggalkan apabila dah nak tidur atas katil !
ck dan kawan- kawan yang lain dah berpakat dan kami ada membuat beberapa pilihan..

  1. campakkan seliparnya ke bawah ( sebab rumah kami di tingkat 2)
  2. sorokkan selipar 
  3. gunting tali nya
  4. nasihatkan dia
err...kejam kan pilihan- pilihan di atas?? sebabnya ck dan kawan- kawan yang lain sangat terganggu dengan tindakan dia..selipar itu kau pakai masuk toilet, selipar itu jugak kau bawak keluar pergi sidai kain, angkat kain kat ampaian, lepas itu dengan selipar itu jugakklah kau dengan selumber jalan- jalan dalam rumah lepas itu bawak masuk bilik..adess,nak solat pun tak senang..

Dan kerana ck dan kawan-kawan nie orang baik..*perasan, kami nak cuba pilihan yang last sekali...kalau tak mahu dengar jugak, kami terpaksa pertimbangkan 3 pilihan pertama di atas..huhu..dan kalau korang ada pilihan- pilihan yang lain lagi, korang boleh rekemenkan kat ck..




Wednesday, 28 September 2011

Spontaneous Thursday #3





" Terlalu Banyak Dugaan Yang Mendatang..

kuatlah kamu wahai HATI.."








Wordless Wednesday # 1

Assalamualaikum

Kenapa kita merasa sangat tenang apabila dikelilingi alam?

Pertama kali ck meyediakan wordless wednesday untuk korang..harap- harap bermanfaat..:)


Jawapannya mudah..sebab Alam ini Allah yang cipta, maka wujudnya ketenangan dalam hati apabila diri kita dikelilingi dengan alam yang indah..berbanding bangunan atau apa sahaja yang manusia ciptakan, ternyata tidak dapat menandingi kebesaran-Nya..


p/s: tak tahulah kenapa colum HUTAN tu warna hijau..banyak kali baiki tak mau jadi jugak dia warna pink macam yang lain..huhu

Tuesday, 20 September 2011

Orang Lain Kahwin, Ko nak Kahwin..TAPI....

Assalamualaikum...


Hari ini kelas ck pada waktu petang dibatalkan atas sebab pensyarah ada kursus. 'ala..baru je nekad nak belajar sungguh- sungguh nie'..* ok tipu..sebenarnya di lubuk hati ck ini terbit perasaan gumbira sebab adalah peluang ck nak update blog kesayangan ck nie. Entry ck kali nie agak hot- hot gitu..yelah, mana taknya, kelas pagi tadi dah kena kaw- kaw dengan seorang pensyarah perempuan yang mengajar sejarah kesusasteraan Melayu. jadi apabila sebut pasal sejarah, sastera pulak tu, adalah rasa agak kebosanan di situ. Tetapi pensyarah ck nie dia pandai menarik perhatian pelajar- pelajar dia dengan mengaitkan sastera dalam kehidupan seharian. Entah macam mana tengah- tengah mengajar terkeluar isu perempuan yang ramai menjanda pada abad ke- 21 nie. 


sekarang nie macam dah menjadi satu trend remaja kahwin awal. Umur 15 tahun ada yang dah kahwin. Tetapi banyak perkahwinan di awal usia ni tak kekal lama atas banyak sebab. Pertama, perkahwinan yang dibina itu hanyalah atas dasar nafsu dan hanya kerana suka sama suka. ilmu tentang rumah tangga tak ada..apabila dah bosan, cerai..Pensyarah ck dah pesan awal- awal kepada kita perempuan- perempuan yang nak mendirikan rumah tangga. harus diingat situasi selepas berkahwin adalah sangat berbeza berbanding sebelumnya. Perempuan seharusnya mempersiapkan diri dan perlu ada ilmu di dada tentang ilmu rumah tangga. Tak guna belajar tinggi- tinggi kalau tak pandai masak, malas, bangun tidur pukul 12 tengah hari, balik kelas je tidur, tidur dan tidur..sebab lelaki tak pandang untuk dibuat isteri* ok, agak pedas di situ.. 




Ehsan Pak Ngah Google
Hantarannya pula nak mahal- mahal, kalau perempuan yang ada degree sekarang ini, tak ada seplohribuhengget maknanya gigit jarilah lelaki di luar sana. pada ck tak perlulah hantaran kahwin yang mahal- mahal sebab nanti si suami itu wajib menanggung si isteri seumur hidup tau.. tanggung makan minum, dosa, dan pendek kata semualah yang ditanggung. dan kalau nak dihitungkan tanggungan si suami itu, pada hemat ck tak ternilai rasanya. Jadi, tak perlulah hantaran yang terlalu mahal sampai membebankan bakal suami. yang ck cakap kaw- kaw terkene tadi sebab beliau tujukan kepada perempuan yang masih belajar di universiti..katanya lagi ada perempuan nie kalau kat luar nampak bergaya sangat, tengoklah kat rumahnya macam mana..bersepah..rumah tak terurus, bilik bau kepam sebab lama tak tukar cadar..*ok, bukan semualah yang macam nie..Apalagi, bebudak laki yang duk dengar itu bersorak- sorak lah mengiyakan..siap cakap lagi sape yang makan cili, dia yang terasa pedasnya..*ck tak suka makan cili..adess, terkedu kami dibuatnya..


Tetapi, memang ada betulnya apa yang dicakap tu. Perempuan zaman sekarang hanya memikirkan taraf pendidikan sahaja, tetapi tentang ilmu rumah tangga dilupakan..orang lain nak kahwin, kita pun teringin nak kahwin, tetapi masaknya tak pandai, malas dan macam- macam lagi lah perangai negatif tu..jadi, sebelum nak ke arah itu, yang penting sekali bagi perempuan adalah perlu pandai masak, tarik hati suami dengan pandai memasak..barulah hubungan itu kekal lama..insyaALLAH..dan yang penting ilmu agama juga jangan dilupakan..wah- wah, dah macam orang yang banyak pengalaman je ck nie..oh, tidak..ck belum sampai ke arah itu..kene mantapkan lagi ilmu di dada sebelum melayari alam rumah tangga..Oklah, ck tak nak taip panjang- panjang nanti korang malas pulak nak baca..siap sudah entry baru dan selamat membaca !




Ehsan Pak Ngah Google

Sunday, 18 September 2011

Berharta tetapi Tak Bahagia..Kenapa? ( khas untuk wanita)

Assalamualaikum..

RUMAH SEDERHANA DENGAN IMAN,
BUKAN ISTANA DENGAN SIKAP MELAMPAUI BATAS..

UntukMU WANITA..

Sesungguhnya seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok, beribadah kepada Tuhannya, mendirikan solat 5 waktu, dan berpuasa di bulan Ramadhan, merupakan wanita yang paling berbahagia daripada wanita yang tinggal di dalam istana yang dikelilingi dengan dayang- dayang, serta dimeriahkan dengan pesta yang penuh dengan hidangan.

Sesungguhnya, seorang muslimah yang berada di sebuah rumah beratap rumbia, dengan roti dan gandum, air dari teko, namun bersamanya ada mushaf dan tasbih adalah lebih bahagia daripada wanita yang hidup di apartment yang tinggi dengan bilik- bilik mewah, namun dia tidak mengenal Tuhannya, tidak berzikir mengingati- Nya, dan tidak mengikuti sunnah Rasul- Nya

Sesungguhnya fahamlah kita tentang erti kebahagiaan.
Kebahagiaan bukan dalam definisi yang sempit dan menyesatkan.
Kita menyangka apa yang difikirkan adalah benar.
Kita menganggap bahawa kebahagiaan adalah wang ringgit, katil yang empuk, pakaian yang indah,
makanan yang enak, minuman yang lazat, dan kenderaan mewah..

TIDAK !

Sesungguhnya kebahagiaan hakiki terletak pada kepuasan hati, kesenangan perasaan, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik, akhlak yang mulia dan diiringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang telah dikurniakan...

Jadi, janganlah kita bersedih sekiranya tidak cukup pakai, tidak cukup makan, tiada emas berharga, rumah beratap rumbia..
Sesungguhnya, iman penuh di dada yang memberi kita erti kebahagiaan yang sebenar.




sumber : Jangan Bersedih..Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

Friday, 16 September 2011

Entry Terima Kasih Daun Keladi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini ck berkesempatan nak update entry selepas menyambung kembali pengajian ck setelah bercuti lama selama 4 bulan, tempoh yang lama itulah yang menyebabkan ck dapat luangkan sepenuh masa ck dengan berblogging..ck ingat lagi sebelum ck kenal apa itu blog, selalunya kalau sesiapa yang mempunyai blog terutama newbie cam ck nie, semestinya korang akan mempromosikan blog korang kan..macam bagi link korang kat kawan- kawan, ping entry sana, ping sini..dan masa itu juga ada lah kawan- kawan ck yang aktif berblogging, diorang akan promot blog kat ck dan kawan- kawan yang lain. masa tu honestly ck cakap memang ck rasa menyemak..dan memang ck tak klik lah kt link yang diorang bagi..kesiannye..tapi, selepas ck bercuti selama 4 bulan nie, ck diperkenalkan blog oleh adik ck sendiri yang berumur tingkatan 2..memang jakunlah mase tu..sampaikan adik ck kene tunjukkan satu- satu kat ck macam mana nak buat sebiji belog nie err..betol ker nie sebiji dan selepas tertubuhnya blog ini, maka hidup ck taklah terasa bosan sangat..sampaikan boleh ketagih jadinya.tapi follower ck taklah ramai sangat sebab ck tak pandai nak promot- promot ni..kadang- kadang bila tengok blog blogger- blogger lain lagi cantik, ck rasa malu pula nak promot blog ck ni..yela,tak seberapa la katakan..simple je..hehe..lepas tu barulah ck rasa eksited sangat bila ada kawan- kawan ping entry terus je laju ck klik..blogwalking..tegur sana, tegur sini..memang sangat seronok...


Oklah, ck tak boleh nak lama- lama nie, kawan dah ajak turun kafe pergi makan..lapar nie..dan ck nak ucapkan berbanyak terima kasih kat kawan- kawan yang dah follow blog ck..selalunya ck akan blogwalking dan terus follow..tapi sekarang masa ciput, tak sempat nak mengadap laptop lama- lama..sedihnya...ok lah, terima kasih kerana sudi pinjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk membaca coretan ck nie.. ada masa ck akan hapdate lagi..daaaa...



Selamat Maju Jaya dalam Dunia Blog ! 


p/s: rasa macam nak join contest la pulak...

Friday, 9 September 2011

"1st GA dari Cik Kiah Ronggeng "

Assalamualaikum..


Buat pertama- tama kalinya ck tergerak hati untuk menyertai giveaway setelah di tag oleh  dear GreenApple..rasa eksited pulak nak sertai..wink2 !

Haa..inilah dia tuan punya GA..
kalau korang nak join, klik aje pada banner di atas nie..

INGAT !

Baca syarat dia betul- betul tau...


Tarikh tutup GA ini pulak adalah pada 

7.9.2011 - 4.10.2011 
tepat pukul 12:00 a.m

dan,
dengan berbesar hatinya ck nak tag



Thursday, 8 September 2011

Tuesday, 6 September 2011

Raya 6 di Kampung ( 8 gambar )..

Assalamualaikum..


Hari ini sudah masuk 9 Syawal.Setiap tahun keluarga ck di Kuala Terengganu akan meraikan Hari Raya Enam iaitu berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara di kawasan perkuburan, kalau negeri lain ck tak taulah Hari Raya 6 ni dipanggil ape. tapi kalau di kampung ck ia dah jd tradisi sejak dari dulu lagi. kalau yang perempuan akan berkumpul ramai- ramai dan menyediakan juadah seperti ketupat, rendang, nasi kunyit, nasi minyak, dan macam- macam lagi lah..manakala yang lelaki pula menjalankan tanggungjawab dengan membersihkan kawasan kubur..seronok bila dapat kumpul ramai- ramai dan ck nak kongsikan beberapa keping gambar ok..

menziarahi pusara arwah nenek dan atuk..
jom makan !


ini wajib ada..kat sini dipanggil sebagai taper..
kalau korang panggil ape ye?

mak sedara, tok sedara, sepupu..semua ada..
nah, amek satu sorang..

masing- masing sibuk berborak..
macam- macam cerita keluar..
razzi..penyeri keluarga..:)


awatlah duk dpn api tu..xpanas ke..huhu



ck rasa bersyukur sangat dapat berada dalam lingkungan saudara- mara yang ramai..ayah ck pernah pesan, walaupun setelah orang- orang tua dah tiada janganlah ditinggalkan tradisi ini kerana ia pengerat silaturahim..ok, sudah upload dan sekarang ck nak rehat pulak..


p/s : penat + perut kenyang = tidur...