VVIP

Wednesday, 26 October 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum...

Best tak kalau pasang shoutbox besar? Agak- agak mengganggu tak time berblogwalking...hmm..




Gambar ni aku ambil ketika sedang berblogwalking tadi. Terpaksa pakai Internet Explorer sebab apabila aku bukak blog aku pakai Google Crome abes hang laptop aku. Banyak kali jugaklah kena macam tu. Agaknya pakai IE kot shoutbox jadi besar macam tu..

Sunday, 23 October 2011

Aku, Kau dan Muka Buku

Assalamualaikum..

Hari ini aku punya terlalu banyak masa, jadi aku mengisi masa aku dengan bermuka buku, berbloging, blogwalking dan makan sedangkan tugasan aku berbukit- bukit tu masih terbengkalai. Entahlah, tugasan- tugasan tu hanya aku pandang sayu, tiada perasaan. Aku perlukan mood untuk mula membelai mereka. * Entah mood yang macam mana lah yang aku harapkan. Alasan..

Cuti Deepavali tahun ini 4 hari bermula selasa ni. Ramai juga yang sudah pulang ke kampung halaman walaupun bukan raya dia.* ayat jeles. Aku pun nak balik..rindu famili, awan nano, kucing aku yang tak bernama 2 ekor * sebabnya selalu bertukar nama, adik aku panggil nama lain, aku pula panggil nama lain. last- last aku panggil kau kucing jela..

Dalam satu hari aku berjaya buat dua entry. Kalau aku boleh siapkan dua tugasan kan bagus. Ah, malas fikir. Berbalik pada aktiviti aku yang bermuka buku, aku tertarik dengan seorang watak dalam kisah muka bukuku..* cover muncung please.. daripada watak tersebut aku boleh katakan yang iman kita ni memang menaik dan menurun. Satu hari dengan gahnya declare status in a relationship siap bergambar bersama dan ada pula satu hari status tu sudah lenyap dan keluar pula status hadis- hadis. Gambar pun dah bertukar versi kartun muslimah. Dua tiga hari lepas tu pula berbalik kepada keadaan asal semula. Ternyata iman kita tidak teguh, apa yang aku boleh katakan hanya senipis kulit bawang. aku tak tujukan sesiapa. cukup melihat diri sendiri yang juga kadangkala tidak sedar bahawa ada orang memerhati setiap perlakuan kita dalam muka buku. Melalui muka buku macam- macam sikap dan perangai yang terdedah.Ok, aku bukan stalker tetapi kadang kala status- status yang keluar di Home itu yang membuatkan aku terbaca. Ada orang cakap jangan nilai seseorang melalui muka bukunya, tetapi kalau setiap patah perkataan yang keluar itu adalah dari hati, bukankah dari hati itu sebenarnya akan dijelmakan melalui sikap? setiap orang ada pendapat masing- masing cuma kadang- kadang harus beringat pabila bermuka buku. Ada orang yang memerhati.

Alamak, terserius pula..apa- apa pun layan satu video ni..ramai yang kata lawak, tapi bagi aku entahlah, kalau aku jadi Najwa Latif mungkin agak terasalah kot..apa- apa pun lain orang lain pendapat.. ok, chill...babai..





Kutuk Tanpa Sedar

Assalamualaikum..

Selamat petang..niat di hati nak melelapkan mata sekejap tapi gara- gara terlalu kusyuk bermuka buku ( belajar pun tak kusyuk macam ni)sehinggalah azan Asar berkumandang, aku membatalkan niat itu. kelopak mata kian menurun, namun ku gagahkan menaip patah- patah kata dalam blog ni. rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak TERENGGANU yang telah berjaya mengalahkan pasukan SELANGOR dengan agregat 4-1..dan semalam jugalah ada seorang kawan aku ni memekik melolong dalam pesbuk dengan statusnya yang marahkan manusia yang bertenggek di biliknya (kolej uitm) kerana mengutuk dengan lahapnya pasukan TERENGGANU.daripada statusnya boleh nampak betapa marahnya kepada manusia yang mengutuk itu. kalau aku pun marah sebab aku pun orang TERENGGANU. 

tiba- tiba terfikir dibenak aku, kenapa mesti nak marah? memanglah marah sebab manusia itu mengutuk negeri kelahiran..tetapi tanpa kita sedar kita juga pernah mengutuk dengan lahapnya..sama juga halnya kalau belajar kat mana- mana sekolah atau universiti. kalau nak ikutkan tiap- tiap hari kita mengutuk contoh situasi di sebuah universiti, bas lambat datang dan kita sudah terlambat nak ke kelas. secara tidak sengajanya kita akan mengeluarkan ungkapan yang boleh diibaratkan sebagai mengutuk bas, pemandu bas dan kadang- kadang dengan orang atasan juga akan disebut dek kerana geram. pernah keluar satu ungkapan daripada seorang kawan, katanya 'kalau aku sendiri yang kutuk 'u' ni takpe, tapi kalau orang lain yang kutuk 'u' aku ni aku marah'..jadi tepuk dada tanya hati..jangan jadikan kutuk mengutuk ni sebagai habit, because nobody will respect u..

Google


p/s: kutuk secara ilmiah..ada heh macam tu?


Wednesday, 19 October 2011

Kategori Remaja di zaman sekolah

Assalamualaikum..

hai semua..kali ni ck nak kongsikan sesuatu dengan korang. rindu tak zaman- zaman sekolah dulu? kalau ck lah memang tersangat rindu..kalaulah dapat diundurkan masa tu, teringin nak kembali ke zaman sekolah semula. terlalu banyak kenangan pahit manis ketika di zaman persekolahan. ha, sekarang ck nak kongsikan kategori remaja di sekolah.aikkk, kat sekolah pun ada kategori ke? ehh..mestilah ada..nanti ingat balik dulu korang ni dalam kategori yang mana ok..hehehe..

  • Popular - selalunya pelajar dalam ketegori ni mempunyai ramai kawan, cantik/ hensem, murid kesayangan cikgu..tapi dalam kepopularannya itu, ada juga yang akan membenci..selalunya orang yang benci tu  sebabnya cemburu..

  • tersisih - pelajar yang tersisih ini adalah disebabkan oleh orang tak suka kat dia. kalau dalam kelas tu, cikgu suruh bentuk kumpulan sendiri tetapi tak ada seorang pun nak satu kumpulan dengan dia..kesiannn..

  • kontroversi - selalunya pelajar yang kontroversi ni ialah pelajar yang berjawatan tinggi di dalam sekolah seperti ketua pelajar, penolong ketua pelajar, ketua samseng sekolah yang berpengaruh, budak- budak sports..haa..mereka ni adalah manusia yang paling berkontroversi dalam sekolah..almaklumlah semua pelajar lain kenal..dan kadang- kadang kalau ada kes atau event kat sekolah pun selalunya akan melibatkan mereka.

  • terabai - yang jenis ni bagi ck yang paling kesian. tiada kawan. lebih malang lagi kalau tiada sesiapa pun yang kenal. kalau dalam kelas tu beliau ada ke tiada orang tak perasan pun. kalau dalam ayat kasar sikit macam tak pernah wujud..memang sangat kesianlah kalau yang jenis ni.'takpe- takpe nanti kawan ngan ck ye'..hihi..

kalau korang tanya ck dalam kategori yang mana..mestilah yang fofuler..haha..taklah..kalau tak silap ck dulu apabila ck masuk form 6, orang kenal sikit- sikit..tu pun sebab form 6 kan pelajar paling tua di sekolah.budak- budak pula suka perhati. kalau lalu tepi diorang yang form 1 form 2, diorang pandang je..agaknya apalah dalam hati diorang..jadi sebagai yang paling tua kat situ tak salah pun senyum kat diorang dan kadang- kadang tegur diorang..jadi taklah nampak macam sombong sangat kan..ok dah, banyak pula yang ck melalut kat sini. jadi korang pula dalam kategori yang mana..

kalau nak kongsi kat sini pun takpe..kalau taknak pun takpe..just baca dan senyum tak perlu kata apa- apa..

ok babai..:)

Saturday, 15 October 2011

Merokok Dalam Vacuum

Assalamualaikum..




Apabila CK tengok gambar nie
CK terfikir mungkin ada baiknya kalau dipraktikkan 
di semua restoran especially kat Malaysia nie
biar dia sendiri yang hisap, sendiri hembus dan sendiri sedut balik..
Selamat orang lain yang berada di sekeliling dia

kalau CK sendiri
CK memang sangat rimas kalau berada dalam kalangan mereka ni
tambah- tambah lagi memang ck tak boleh bau asap rokok
terus je batuk- batuk..
dan kalau cara ini nak dipraktikkan di sini
CK adalah orang pertama yang MENYOKONG !!


p/s : kepada yg merokok tu tolonglah berhenti..untuk kebaikan diri juga..:)





Contest DANIEL ADIE : SISPA

Assalamualaikum...


CK tertarik dengan satu contest nie..
jadi,ck pun join la contest oleh En. Daniel Adie..






caranya pun mudah..
tempek gambar kat sini..


*err.. tetibe rasa malu pulak..hukhuk


" terkadang senyuman palsu terukir apabila
bergambar kena sebut 'cheese' tak pun 'hawaiiii'.. !! "


betul tak ??
Green Apple & cik aimie


p/s: arap2 jawapanku diterima..hek3

Thursday, 13 October 2011

Follower ke- 100

Assalamualaikum..


Firstly ck nak mintak maaf sangat- sangat kat Fir Marlyn sebab dah janji nak buat sesuatu untuk dia tetapi lambat pulak..sebabnya atas kekangan masa tambah pula line internet yang macam siput sedut..sebagai follower ck yang ke- 100, ck buatkan satu entry khas untuk fir..

ha, jadi kepada korang yang nak ke blog fir dipersilakan.. ck tak sempat nak review banyak- banyak tentang blog fir, apa kata kalau korang sendiri yang tengok ok..



cantik orangnya kan..:)

p/s: terima kasih juga kepada korang yang telah sudi datang ke blog ck nie..





Saturday, 8 October 2011

Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir

Assalamualaikum.

baru je jalan - jalan dalam fb dan ck terjumpa tentang perihal ini yang pada ck sangat perlu dikongsikan..Malah Ownernye sendiri minta ia disebarkan..di sini ada gambar dan sedikit penjelasan..sama- sama kita perhatikan..



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warnaJika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.



2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).



p/s: lepas nie kena hati- hatilah apabila nak beli daging..


credit to : Nurul Amir

Sunday, 2 October 2011

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger

Assalamualaikum...




klik aje pada banner di atas..



ck masih lagi dalam mood join segmen..
*padahal takda idea nak buat entry..huhu..

tuan punye segmen pun sangat baik hati 
tak perlu tag sesiapa
yang penting join..


Tarikh tutup : 3/ 10 / 2011 @ 10 malam esok
       



Saturday, 1 October 2011

Segmen : Tambah Trafik Blog!

Assalamualaikum...




klik aje pada banner di atas


Nampaknya mood ck masih membuak- buak nak sertai segmen..
Kali ni ck sertai segmen daripada salwaismail pulak..



Tarikh tutup :  5/10/2011 - 2.30petang  (rabu) 3 hari dari sekarang.





Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

Assalamualaikum..




Ini ialah segmen daripada cik nad dan ck teringin pula nak join.
Tujuan ck join adalah kerana Segmen ni sangat sesuai untuk ck yang nak melepaskan tension dengan assingment yang bertimbun- timbun sebab tak rumit pun.. 
cuma klik- klik je ape yang patut..
Jadi, kalau korang rasa seperti apa yang ck rasa bolehlah join sekali..



Tarikh tutup : 31 0ktober 2011





Kamu yang Membuatkan Saya Geram !!!

Assalamualaikum..


Kamu betul- betul dah buat saya geram tau tak..
Apabila saya tengok kamu hati saya memberontak..
Kalaulah kamu ada kat depan saya sekarang nie..
Taulah macam mana saya nak kerjakan..
GERAM nya saya sebab tak dapat nak MEMILIKI kamu !!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Ha, kamu yang comel- comel nie !!









ck betul- betul geram kalau tengok gambar baby- baby yang comel nie..
baru- baru nie pergi melawat bespren yang baru bersalin 
tengah duk riba anak dia
ck dapat soklan cepumas..

"Bila nak ada anak sendiri pulak?"

Tersipu- sipu malu saya dibuatnya *gediks
InsyaALLAH..:)


tapi 

ck betul- betul sedih apabila melihat ini..

PEMBUNUHAN PALING KEJAM !

ANAK itu anugerah Allah SWT
kenapa ada manusia yang tergamak melakukan perkara TERKUTUK nie
walaupun bukan zuriat yang  kamu kehendaki
janganlah DIBUNUH ia
kerana ia

ANUGERAH ALLAH SWT YANG PALING 

ISTIMEWA ..