Assalamualaikum..
Hai semua..hari ni aku tersangatlah rajin, BLOGWALKING sana- sini, KOMEN sana- sini sampailah aku rasa dah bosan + muntah hijau..haha..takdelah. Hari ni kan cuti, assigment pun dah berkurangan jadi bolehlah aku menghabiskan masa dengan berblogging pulak. Dan secara tiba- tiba, aku teringin nak hapdate blog sebabnya aku teringat kisah yang menimpa diri aku seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri haritu. Kalau nak diikutkan selepas kejadian itu, teringin bebenor aku nak buat entry nie..tapi keadaan aku pulak tak mengizinkan. lepas tu lupe cenggitu je..
ok, sudahlah..aku teruskan kepada ceritanya. Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut seminggu sebelum nak raya, aku pergi ambil mak aku dari satu tempat ni dan aku bawak motor masa tu, lagipun aku ada lesen motor je, jadi motor jelah aku mampu bawak..Apabila dah sampai di tepi jalan, aku nak lintas ke sebelah sana, aku pulaslah kuat sikit kan, tiba- tiba gedebam..terbalik ke sebelah kiri. rupanya tayar belakang motor bergesel dengan pasir kat situ. Masa tu, aku rasa macam mimpi. Mak aku pun ada. Tapi nasib baiklah dia tak apa- apa. Siyes aku tak rasa apa- apa masa tu. tapi bila aku tengok tangan aku yang sebelah kiri, dah berdarah- darah. Alamak, terus berpinar- pinar mata aku. Bila dah keadaan aku macam tu, memang aku tak mampu nak angkat motor tu.
cuma apa yang aku kesalkan masa itu, tak ada seorang pun manusia yang lalu lalang kat situ sudi nak berhentikan kenderaan mereka dan tolong kami. walaupun tak teruk, tak salah rasanya, berhentikan kenderaan dan tolong kami. lepas beberapa minit, barulah tangan aku rasa sakit sangat dan dataglah dua orang budak berpakaian seragam sekolah berhentikan motornya dan datang ke arah kami. merekalah yang tolong angkatkan motor dan tanya sama ada kami boleh pulang sendiri masa itu. nasib baiklah mak aku pandai juga bawak motor, terus aku dihantar ke klinik.
Aku rasa bersyukur sangat kerana masih ada manusia yang baik hati tolong kami. Aku sangat berterima kasih kepada mereka berdua. Sebab itulah kadang- kadang mereka ni lagi mulia kalau nak dibandingkan dengan manusia yang dah tua tapi lebih mementingkan diri dan tiada perasaan nak tolong orang yang dalam kesusahan.
Dah baca, jangan lupa klik SINI


7 comments:
nilai2 murni dh semakin hilang dlm masyarakat kita ni...
betul2..itulah realiti yg terpaksa kita hadapi..
alamak.. masuk hospital ke??
manusia tak kejam mana. bkn mcm china. hehe. kita patut bersyukur kan^^
El- Janna : Alhamdulillah, takdelah sampai masuk hospital cuma agak terkilan dengan sikap masyarakat yang macam nie, walaupun tak seteruk seperti di China,bende nie perlu dibendung..kalau tak, lambat laun akan jadi seperti China jgk..Nauzubillah..
nasib baik ada jugak yang tolong. manusia sekarang. pelik.
ade gk y baik hti
sergeant keroro : Alhamdulillah..dan mereka hanyalah pelr sek tp sdh ad nilai2 murni tu..
iffah : iye..mrk sgt baik ati..:)
Post a Comment