Assalamualaikum..
tadi ck jalan2 kat fb pasal lame dah tak bukak sebabnya ck banyak habiskan masa dengan blogwalking dan baca entry kengkawan..lepas tu ck pun terjumpa lah pantun2 yang dikongsikan oleh kawan ck dalam satu 'group' tu..bagi ck pantun nie 'sweet' sangat..apalagi jom kita berpantun !!
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
p/s : yg negeri die xde tu jangan terasa pulak ye..hehe
Friday, 26 August 2011
Thursday, 25 August 2011
Mood Raya Yang Hilang
Assalamualaikum..
p/s : sebenarnya tak kisah sangat pasal cheklist cikai atas nie..malam raya pun masih sempat lagi beli..(ayat sedapkan hati)
malam nie ck tak berapa nak sihat sampaikan nak buat satu entry pun ck termenung depan lappy dulu sampai berejam sebab isi kepala nie LOADING..hari ini berbuka kat luar bersama awan nano dan kakak- kakak yang ku kenali secara tak langsung..iaitu selepas kenal dengan awan nano..seronok juga sekali sekala dapat berbuka di luar tapi balik rumah sakit kepala pula yang ck dapat..tapi yang ck nak ceritakan di sini bukanlah tentang berbuka di luar tetapi tentang Ramadhan yang bakal berakhir ini..tinggal 4 hari lagi dan Ramadhan akan meninggalkan kita dan seterusya kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..
maknanya,tinggal 4 hari lagi tetapi kenapa mood raya tu tak datang- datang mengetuk pintu hati ck ni? dengar lagu raya pun macam biasa je..persiapan raya tahun nie pun tak seberapa..banyak bende lagi ck tak beli..
adakah ck je yang rasa macam tu? hm, ck rase korang sume mesti tak sabar- sabar nak beraya kan? lepas raya pulak kene balik Tanjung Malim..malasnye....honestly,sayangnya nak tinggal keluarga, awan nano dan rumahku syurgaku nie..ni lah jadinya gara- gara cuti lame sampai 4 bulan..
p/s : sebenarnya tak kisah sangat pasal cheklist cikai atas nie..malam raya pun masih sempat lagi beli..(ayat sedapkan hati)
Wednesday, 24 August 2011
spontan khamis..
kreekkkkkk....bunyi bende bergesel kat atas jalan raya..ingatkan ekciden ke atau orang jatuh motor..
intai kat tingkap umah tengok bakul letak buah yg besar tu tergolek kt tepi jalan..dari jauh nampak pak cik penunggang motosikal pusing balik pastu amek die punye bakul..
isshhh..buat terkejut orang je pakcik nie..(bibir tersenyum simpul geli hati )..haha
oke fine, gambar takde kaitan..
p/s: tolonglah hati2 bawak kenderaan terutama sekali kalau lalu depan rumah ck nie..fobia2..huhu..
intai kat tingkap umah tengok bakul letak buah yg besar tu tergolek kt tepi jalan..dari jauh nampak pak cik penunggang motosikal pusing balik pastu amek die punye bakul..
isshhh..buat terkejut orang je pakcik nie..(bibir tersenyum simpul geli hati )..haha
oke fine, gambar takde kaitan..
p/s: tolonglah hati2 bawak kenderaan terutama sekali kalau lalu depan rumah ck nie..fobia2..huhu..
Sayonara Jahiliyyah
Assalamualaikum..
selamat sore semua..
arini ck nak kongsikan satu video yang mana pada ck sangat menarik..tak perlu pelakon, skrip panjang berjela2 sampai pening dibuatnya dan macam2 lah perkara yang kadang2 boleh membuatkan orang jadi bosan apabila menonton..video ringkas dan pada saya dakwah yg diutarakan pun sampai..
apalagi..tekan play dan selamat menonton !! :)
p/s : kalau tak boleh tengok di sini boleh tengok sayonara jahiliyyah
selamat sore semua..
arini ck nak kongsikan satu video yang mana pada ck sangat menarik..tak perlu pelakon, skrip panjang berjela2 sampai pening dibuatnya dan macam2 lah perkara yang kadang2 boleh membuatkan orang jadi bosan apabila menonton..video ringkas dan pada saya dakwah yg diutarakan pun sampai..
apalagi..tekan play dan selamat menonton !! :)
p/s : kalau tak boleh tengok di sini boleh tengok sayonara jahiliyyah
Tuesday, 23 August 2011
BUNUH 3 ANAK KERANA MABUK
Assalamualaikum..
sedih dan tragis..itu je yang dapat ck gambarkan apabila dapat tahu tentang berita nie..kerana mabuk si ayah telah membunuh 3 orang anaknya yg berusia dalam lingkungan 5 hingga 2 tahun. Si ayah telah menolak ketiga- tiga anaknya ke dalam kolam sampai lemas..
ck sendiri pun xdapat bayangkan macam mana keadaan anak- anak itu ketika minta diselamatkan dan perasaan si ibu apabila mendapat tahu si ayah telah membunuh ketiga- tiga anak mereka..
p/s: speechless..nak tahu lebih lanjut disini
sedih dan tragis..itu je yang dapat ck gambarkan apabila dapat tahu tentang berita nie..kerana mabuk si ayah telah membunuh 3 orang anaknya yg berusia dalam lingkungan 5 hingga 2 tahun. Si ayah telah menolak ketiga- tiga anaknya ke dalam kolam sampai lemas..
ck sendiri pun xdapat bayangkan macam mana keadaan anak- anak itu ketika minta diselamatkan dan perasaan si ibu apabila mendapat tahu si ayah telah membunuh ketiga- tiga anak mereka..
p/s: speechless..nak tahu lebih lanjut disini
KEPERCAYAAN & KEIMANAN TIDAK BOLEH DIUKUR DENGAN SAINS
Assalamualaikum..
tengah2 ck duk jalan2 dalam fb tibe2 ck terjumpa dialog nie yang dipost oleh kawan ck sendiri..seriously, ck kagum sangat2 kalau ade pelajar seperti yg dibawah nie..nk tau sila lah bace..
Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?
Pelajar: Sudah semestinya professor.
......
Prof: Adakah Tuhan itu baik?
Pelajar: Ya
Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?
Pelajar: Ya
Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?
(Pelajar berdiam diri)
Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?
Pelajar: Ya.
Prof: Adakah syaitan baik?
Pelajar: Tidak.
Prof: Siapa yang mencipta syaitan?
Pelajar: Tuhan.
Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?
Pelajar: Ya.
Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?
Pelajar: Ya.
Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?
(Pelajar tidak menjawab)
Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?
Pelajar: Ya professor.
Prof: Siapa yang menciptanya?
(Pelajar tiada jawapan untuknya)
Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Student: Tidak pernah professor.
Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?
Pelajar: Tidak pernah professor.
Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?
Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.
Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?
Pelajar: Ya professor.
Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?
Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.
Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.
(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)
Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?
Prof: Ya.
Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?
Prof: Ya.
Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.
(Semua didalam dewan kuliah terdiam)
Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.
(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)
Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?
Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?
Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?
Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?
Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.
Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?
Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.
Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?
Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.
Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?
(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)
Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?
(Dewan kuliah menjadi gempar)
Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?
(Pelajar lain tertawa)
Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?
(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)
Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.
Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya..
p/s: nak versi video sini
Subscribe to:
Posts (Atom)



