VVIP

Thursday, 29 September 2011

Tolong CK Buat Pilihan..

Assalamualaikum..

Kali nie ck nak minta tolong korang boleh? apa yang korang patut buat kalau ada kawan serumah korang yang suka pakai selipar di dalam rumah..maksud ck selipar itu dipakai pergi toilet, keluar toilet masuk bilik pun seliparnye tetap tersarung kemas dikaki...boleh dikatakan selipar itu hanya ditanggalkan apabila dah nak tidur atas katil !
ck dan kawan- kawan yang lain dah berpakat dan kami ada membuat beberapa pilihan..

  1. campakkan seliparnya ke bawah ( sebab rumah kami di tingkat 2)
  2. sorokkan selipar 
  3. gunting tali nya
  4. nasihatkan dia
err...kejam kan pilihan- pilihan di atas?? sebabnya ck dan kawan- kawan yang lain sangat terganggu dengan tindakan dia..selipar itu kau pakai masuk toilet, selipar itu jugak kau bawak keluar pergi sidai kain, angkat kain kat ampaian, lepas itu dengan selipar itu jugakklah kau dengan selumber jalan- jalan dalam rumah lepas itu bawak masuk bilik..adess,nak solat pun tak senang..

Dan kerana ck dan kawan-kawan nie orang baik..*perasan, kami nak cuba pilihan yang last sekali...kalau tak mahu dengar jugak, kami terpaksa pertimbangkan 3 pilihan pertama di atas..huhu..dan kalau korang ada pilihan- pilihan yang lain lagi, korang boleh rekemenkan kat ck..