VVIP

Sunday, 4 September 2011

Kisah Roommate Yang Pelik


Assalamualaikum..

Kali nie penulisan ck santai- santai je, tak mahu serius bagai sebab kali ini ck nak ceritakan pengalaman ck dan pengalaman kawan ck bersama dengan roommate masing- masing . sebab ape ck tergerak nak tulis entry ni ialah sebab terasa macam upsi dah duk lambai- lambai kat ck suruh ck balik sane..waa..mak, tak nak balik..sob..sob..sob..cepat betul masa berlalu..rasa macam baru semalam ck duk bersusah payah kemas barang, angkut barang dari tingkat 5 sampai bawah sorang- sorang time nak cuti sem aritu sebab ramai kawan dah balik awal daripada ck lagi..nasiblah ade kawan baik ck tolong datang angkat  2 biji beg, kalau tak tersadai la ck kat tangga tu sorang-sorang, rasa macam nak patah riuk tulang bahu. Then ,gara- gara cuti lama, otak nie pun rasa macam dah beku je..

Hah, amek kau mukaddimah..panjang berjela..kalau bagi ucapan kat perhimpunan sekolah ni macam nie sah- sah kene maki dengan student..

Baiklah, berbalik semula kepada kisah yang ck nak ceritakan tadi..asal skema sangat neh..ck nak story pasal kawan ck yang dapat roommate pelik , ajaib, seram pun ade..nasiblah ck tak dapat roommate yang seperti itu. Kisahnya macam nie..pada awal semester satu tahun lepas, mereka nie berkawan baiklah juga, yelah baru kenal- kenal kan..siapa yang tak suka dapat roommate baru lepas itu sama-sama pulak berasal daripada pantai timur,negeri berlainan tetapi berjiran. Tapi  lepas lama- lama kenal, roommate dia nie semakin tunjuk perangai- perangai pelik dia sampailah berlaku satu kejadian. Then, sebab kejadian itu mereka jadi tak bertegur sapa sampailah ke hari ini..ck pun sebenarnya tak berapa pasti kejadian apa..Cuma yang kawan ck ceritakan kat ck, mostly every night between 2 or 3 o’ clock, dia akan bangun dari tidur then pergi buka tingkap bilik seluas- luas alam. Tambah pula katil dia memang terletak kat sebelah tingkap jadi memang senanglah dia nak buka tingkap tu..lepas itu, tahu apa yang dia buat? Dia akan termenung kat tepi tingkat itu untuk beberapa ketika, hampir tiap- tiap malam. Kawan ck nie naik seram lah jugak jadah apa pukul 2, 3 pagi duk tercegat kat tingkap tu..nak tidur pun tak senang dah..satu lagi perangai pelik dia, satu hari dia beli lampu Kristal..ck tak tahu jenis lampu yang macam mana sebab tak pernah tengok lampu itu.yang kawan ck pelik bila siang dia pasang lampu itu, tapi malam dia tutup pulak..ada kawan ck cakap lampu itu memang pasang di siang hari. Entahlah ck pun tak pasti yang mana satu betul. Elok ck suruh dia pasang siang malam..kan senang, tak adalah timbul spekulasi yang kata dia ni pelik..brilliant tak cadangan ck? Haha..kadang- kadang kawan ck cakap dia tak tidur di bilik..kawan ck tak tahu dia tidur di mana sebab dia tak pernah cakap..sebab tulah ck cakap dia nie kadang- kadang ajaib..hilang tak dapat dikesan..kejap ada kejap tak ada..
lampu yang macam nie la kot...




                                                          ehsan pak ngah google

Ok, tutup cerita pasal dia. Cerita pasal roommate ck pula..berasal dari utara tanah air, first impression ck tengok dia, baik, lemah lembut ( dah macam Haziq Syurga Cinta dah), cantik lagi. Pada mulanya kami rapat tapi lama- kelamaan kitaorang renggang. Ada satu hari dia macam moody jadi ck tanyalah kenapa sebab ck ambil berat tapi boleh pulak dia buat muka sembir ( loghat Terengganu), tak pandang langsung kat ck lepas itu keluar dari bilik macamtu je..apalagi menyiratlah darah ck nie..ck pantang sangat kalau ck tanya dengan muka curios habis  tapi orang itu tak jawab lepastu buat muka pulak..nak makan pelempang sulung ck agaknya( tergerak dalam hati ajelah, buat betul- betul memang tidak lah)..sejak dari hari itu, ck memang tak pernah tanye dah. Takut luka lama berdarah kembali..amek kau bermadah pulak, sedih kot..kita beria- ia tanya tapi orang buat tak tahu je..tapi hubungan kami tetap baik, ck tak suka gaduh- gaduh sebab niat ck datang sana nak belajar bukannya cari musuh lebih- lebih lagi dengan roommate sendiri.Cuma kami tak serapat mana, tak tahu kat mana silap ck kat dia. Niat ck nak tanya terbantut apabila teringat tentang kejadian yang ck ceritakan kat atas ni. Banyak lagi sebenarnya cerita antara ck dengan dia dan kalau nak ceritakan kat sini memang tak habis la..dan apa yang ck perhatikan dalam kalangan kawan- kawan ck , mostly ada masalah dengan roommate sendiri. 



                                                                ehsan pak ngah google


Pada ck lah, dia roommate kita, duduk sebilik dengan kita, mesti dia tahu banyak tentang baik buruk kita. Samalah macam kita juga, tahu banyak  tentang baik buruk dia. Tak perlulah dijaja segala buruk roommate kita itu. Bagi ck apa salahnya kita terima buruk baik dia sebab sikap kita pun bukanlah semuanya baik. Terima dan fahami sikap dia. Ck pun sedang cuba untuk terima buruk baik roommate ck.  Memang tersangat susah sebenarnya. Tujuan ck  paparkan kisah- kisah di atas ini juga ialah bukan nak mengaibkan tetapi supaya kita kena sedar apabila kita tinggal bersama dengan orang asing yakni yang  tak ada pertalian darah pun dengan kita, tiba- tiba kena tinggal dengan kita untuk satu tempoh yang lama, berperangai normal lah, jangan biarkan orang asing itu rasa tidak selesa dengan kita. Bukanlah kena hipokrit tetapi lakukan sesuatu yang buatkan orang rasa selesa dengan kita. Kesian kat dia, macam mana dia nak jalani kehidupan dia, nak belajar lagi, kalau berhadapan dengan perangai—peranagi pelik kita..ada faham...

Sekian...

P/s:  Saya tak pelik..